Terdapat satu peribahasa China yang huraian ceritanya lebih kurang begini:
Ada seorang petani miskin; hari-hari dia berkebun. Pada suatu hari, sedang dia berehat di bawah sebatang pokok, tiba-tiba meluru seekor arnab dan melanggar pokok tersebut lalu iapun mati.
Alangkah gembiranya dia. "Aaah, tak payah bekerjapun aku dah boleh dapat makan...." fikirnya.
Mulai hari itu, dia tidak lagi mengusahakan kebunnya. Tiap-tiap hari dia berehat saja di bawah pokok yang sama dan mengharapkan ada arnab akan melanggar pokok tersebut!
Lama kelamaan, si petani itupun menjadi semakin miskin dan malas; kebunnya dipenuhi semak dan tidak mengeluarkan apa-apa hasil.
Dari moral cerita tadi, kita boleh menarik kesimpulan bahawa peranan Insani adalah tidak lebih daripada sebuah badan amal yang menjurus kepada golongan susah dan miskin.
Kami tidak boleh mendakwa lebih daripada itu.

2 ulasan:
tahniah pak syed.saya ikuti sedari awal peranan insani di bawah pak syed dan saya tumpang gembira dengan keprihatinan untuk membantu mereka yang terpinggir.terselit juga rasa bangga justeru saya mengenali pak syed.
jika ada yang dapat saya bantu,insyaAllah maklumkanlah,saya akan cuba.
saya percaya kerja mulia yang dirintis oleh pak syed dan teman-teman akan di berkatiNYA.
salam takzim saya kepada teman2 lain.
terima kasih
a.nizam
'pemimpin kechil dari kuala semantan'
sdr a.nizam.
ada dua perkara sekurang-kurangnya yang dapat sdr lakukan. pertama, perluaskan blog ini kpd seberapa ramai yang boleh; kedua, bantu kami dengan bahan-bahan untuk disiarkan -- kerana golongan yang tidak terbela bertaburan di bumi bertuah ini.
tk
Catat Ulasan