Khamis, Januari 22, 2009

Keluarga Ajiman dapat air


Hari ini keluarga Ajiman dapat bekalan air bersih untuk kegunaan sehari-hari. Insani Malaysia mengucapkan ribuan terimakasih kepada para dermawan khasnya dua kontraktor yang telah membantu. Sehari sebelum Hariraya yang lepas, atas ihsan daripada seorang dermawan dari Kuala Lumpur, keluarga ini telah dibantu untuk mendapatkan bekalan elektrik. Semoga dengan adanya kemudahan-kemudahan asas tersebut, Ajiman dan keluarganya akan dapat meneruskan kelangsungan hidup seperti keluarga-keluarga yang lain.

Keterangan gambar: Sukarelawan Insani bersama Ajiman, isteri dan dua orang anaknya.